Monday, December 20, 2010

Apakah Midi?

Banyak di kalangan kita keliru dengan file midi. Midi adalah singkatan dari Musical Instrument Digital Interface, merupakan format file yang mengandungi maklumat digital yang dapat mengaktifkan 'tone generator' di soundcard komputer anda atau dalam keyboard synthesizers.

Midi bukan fail audio seperti format wave, mp3 atau sebagainya. Jadi mustahil untuk terus 'convert' fail format wave atau mp3 ke format midi kecuali dengan helah bunyi satu instrument yang berceramuk.


Monday, September 14, 2009

Install Windows menggunakan USB drive

Dalam banyak-banyak PC atau laptop yang saya perlu format, adakalanya saya berjumpa dengan situasi yang menyusahkan. Salah satu daripadanya adalah, DVD drive tidak berfungsi. Macam mana nak install Windows kalau DVD drive tak boleh dipakai?

Kalau pada PC bolehlah juga saya tukarkan dengan CD-ROM yang elok buat sementara. Tapi kalau laptop, kan susah. Nak beli external optical drive mungkin mahal bagi sesetengah orang.

Dalam situasi seperti inilah saya terpaksa belajar sesuatu yang baru. Jadi, pada kali ini saya akan menunjukkan bagaimana anda boleh format komputer menggunakan USB drive. USB drive yang digunakan hendaklah sekurang-kurangya bersaiz 2GB.

(Nota: Bagi proses menyediakan USB drive ini dengan Windows XP, anda memerlukan sebuah komputer yang mempunyai CD-ROM yang berfungsi).

Software yang diperlukan

  • PeToUSB
  • BootSect
  • usb_prep8

Saya dah sediakan ketiga-tiga software ini di sini. Download fail zip tersebut dan extract ia ke dalam satu folder.

Langkah Pertama: PeToUSB

  1. Pertama sekali, kita perlu format USB drive menggunakan PeToUSB. Buka PeToUSB dan pastikan pilihan-pilihan berikut:
    • Destination Drive: USB Removable
    • Enable Disk Format
    • Quick Format
    • Enable LBA (FAT 16X)
  2. Klik pada butang Start untuk format USB drive.
    install-windows-usb-01
  3. Klik butang Yes pada kedua-dua window yang keluar selepas itu.
    install-windows-usb-02
    install-windows-usb-03
  4. Setelah proses format USB drive selesai, satu lagi window akan keluar dengan mesej “Operation Completed Successfully”, klik OK pada window tersebut.
    install-windows-usb-04

Langkah Kedua: BootSect.exe

  1. Untuk melancarkan program BootSect.exe ini, anda harus melakukannya melalui command prompt. Jadi, buka CMD dan terus taipkan path bagi folder bootsect. Sebagai contoh, jika anda extract fail zip tadi ke dalam C:, anda perlu taip: cd C:\usb-windows\bootsect\
    install-windows-usb-05
  2. Kemudian, taipkan: bootsect /nt52 H:
    install-windows-usb-06
  3. Ambil perhatian bahawa H: adalah drive letter bagi USB drive saya. Gantikan H: dengan drive letter bagi USB drive anda. Kemudian, tekan Enter, dan tunggu hingga proses selesai.
    install-windows-usb-07

Langkah Ketiga: usb_prep8.exe

  1. Untuk melancarkan program usb_prep8.exe, kita harus melakukannya melalui command prompt. Jadi, buka CMD dan terus taipkan path bagi folder usb_prep8. Sebagai contoh, jika anda extract fail zip tadi ke dalam C:, anda perlu taip: cd C:\usb-windows\usb_prep8\
    install-windows-usb-08
  2. Kemudian, taipkan usb_prep8
    install-windows-usb-09
  3. Pengenalan kepada usb_prep8 akan dipaparkan. Tekan apa-apa butang pada keyboard.
    install-windows-usb-10
  4. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:
    install-windows-usb-11
  5. Sekarang, masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM dan ikuti langkah seterusnya.
  6. Taip 1 dan tekan Enter. “Browse for Folder” akan dipaparkan, pilih CD-ROM Windows XP (atau CD Windows XP yang telah slipstream dengan driver SATA) anda tadi klik butang OK.
    install-windows-usb-12
  7. Taip 2 dan tekan Enter. Masukkan apa-apa drive letter yang belum digunakan (sekiranya T: belum digunakan, masukkan T sebagai drive letter yang akan digunakan sebagai Virtual Drive)
    install-windows-usb-13
  8. Taip 3 dan tekan Enter. Masukkan drive letter bagi USB drive tadi. Oleh kerana USB drive saya berada pada H:, jadi saya taipkan H.
    install-windows-usb-14
  9. Taip 4 dan tekan Enter. Kemudian taip Y dan tekan Enter untuk format USB drive dengan FAT 32.
    install-windows-usb-15
  10. Tekan apa-apa butang keyboard pada “Creating LocalSource on Temporary Drive”. Tunggu hingga selesai.
    install-windows-usb-16
  11. Tekan apa-apa butang keyboard pada “Making of LocalSource folder $WIN_NT$.~LS Ready”. Tunggu hingga selesai.
    install-windows-usb-17
  12. Klik Yes pada “Copy To USB-Drive – Start File Copy”
    install-windows-usb-18
  13. Klik Yes pada “Change Migrate.inf – USB-stick”
    install-windows-usb-19
  14. Klik Yes pada “Unmount Virtual Drive”
    install-windows-usb-20
  15. Akhirnya, USB drive anda kini telah sedia dengan Windows XP di dalamnya.

Install Windows XP Menggunakan USB Drive

  1. Sekarang, kita boleh gunakan USB drive ini untuk install Windows XP. Cucuk USB drive pada komputer, dan pastikan boot sequence telah ditetapkan kepada USB HDD atau USB ZIP.
  2. Taip 2 dan tekan Enter, iaitu “TXT Mode Setup Windows XP, Never unplug USB-Drive Until After Logon”
    install-windows-usb-21
  3. Buat partition mengikut pilihan anda sehingga selesai, dan komputer akan restart.
    install-windows-usb-22
  4. Taip 1 dan tekan Enter, iaitu “GUI Mode setup Windows XP, Continue Setup + Start XP”
    install-windows-usb-22
  5. Teruskan proses install Windows XP kemudiannya seperti biasa.

Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk membolehkan anda install Windows XP melalui USB drive. Kalau ada apa-apa yang tak faham, tinggalkan di ruangan komen ya :)

[Artikel asal pada Komku]

Hantar fail besar melalui internet

Sekiranya anda sering menggunakan emel untuk menghantar pelbagai fail, mungkin anda tahu had fail yang boleh dihantar. Seperti Yahoo Mail, setiap fail hanya dihadkan kepada 5mb. Saiz ini mungkin cukup kecil bagi anda sekiranya anda ingin menghantar file yang lebih besar seperti gambar,cerita ataupun dokumen-dokumen penting .

Anda boleh menggunakan cara alternatif selain menggunakan emel yang cukup membosankan.Di bawah adalah antara link yang menyediakan perkhidmatan untuk menghantar fail yang cukup besar.


Rapidshare. Had saiz bagi fail ialah 100 MB. Anda boleh upload atau download sebayak mana yang anda mahu. Fail akan dibuang dari server jika tidak digunakan selepas 90 hari.

YouSendIt. Had saiz bagi fail ialah 100 MB. Fail akan dibuang dari server selepas 7 hari, atau selepas di download sebanyak 100 kali. Anda boleh upload fail sehingga 1 GB sahaja dalam sebulan.

TransferBigFiles. Had saiz bagi fail ialah 2 GB. Fail akan dibuang dari server selepas 5 hari (30 hari jika anda gunakan Drop Zone). Walaubagaimanapun saya menghadapi sedikit masalah dalam menggunakan servis ini.

artikel ini telah dieedit dan diambil dari sembangkomputer.com . Terima kasih.

Harga Notebook Acer Minggu ini

Acer Aspire 4736z (RM1,699.00)
- Intel Pentium DualCore Processor T4300
(2.0GHz, 1MB cache, 800MHz FSB)
- 1GB Ram, 160GB Hard Disk

- Dual Layer DVD±RW/±R Writer
- 3xUSB 2.0 Ports, 5-in-1 Card Reader

- 14.1" WXGA CrystalBrite LCD+ WebCam
- 56Kbps Modem , 10/100Mbps LAN

- Intel Pro Wireless 2200 b/g (WiFi Ready)

- Free : Acer Notebook Case


Acer Aspire 4535-751G (RM 1,799.00)
- AMD Turion X2 dual-core 2.2GHz
- 1GB DDR2 Ram, 250GB Hard Disk

- Dual Layer DVD±RW/±R Writer
- 3xUSB 2.0 Ports, HDMI

5-in-1 Card Reader, Bluetooth Ready

- 14.1" WXGA LCD+ WebCam

- ATi Radeon HD3200 Graphics
- 56Kbps Modem , 10/100Mbps LAN

- Wireless b/g/n (WiFi Ready)

- Free : Acer Notebook Case


Acer Aspire One D250 (RM1,399.00)

- Intel Atom Processor N270

(1.60GHz, 533MHz, 512KB L2 Cache)

- Genuine Windows XP Home License
- 1GB DDR2 Ram, 160GB Hard Disk

- Intel 82801GNM Chipset
- 3xUSB 2.0 Ports, Memory Card Reader

- Integrated Wireless LAN + Bluetooth

- 10.1 inch WSVGA TFT LCD Screen

- Integrated 10/100Mbps LAN

- Free : Acer Designed Pouch


Acer Aspire 4736 (RM 1,999.00)

- Intel Core2 Duo Processor T6500
(2.1GHz Processor, 2MB, 800MHz)
- 1GB Ram, 320GB Hard Disk

- Intel GMA 4500MHD
- Dual Layer DVD±RW/±R Writer
- 3xUSB 2.0 Ports

- 5-in-1 Memory Card Reader + Bluetooth

- 14.1” WXGA CrystalBrite LCD + WebCam

- 56Kbps Modem , 10/100Mbps LAN
- Wireless 2200 a/b/g (WiFi Ready)
- Free : Acer Notebook Case



Tuesday, September 8, 2009

Tugas dan Tanggungjawab Penyelaras

Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform

  1. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
  2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
  3. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
  4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
  5. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
  6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
  7. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum
  8. Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
  9. Mengumpulkan semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod bilik kokurikulum.
  10. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:(Borang penyertaan persatuan/Borang senarai AJK dan ahli/Buku laporan aktiviti)
  11. Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod.
  12. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.


Tanggungjawab Setiausaha Sukan

  1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
  2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSM.
  3. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan.
  4. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
  5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
  6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
  7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah.
  8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
  9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
  10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
  11. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
  12. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
  13. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.


Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum

  1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
  2. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar.
  3. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan.
  4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
  5. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
  6. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.
  7. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka.


Tanggungjawab Setiausaha Sukan

  1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
  2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSM.
  3. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan.
  4. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
  5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
  6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
  7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah.
  8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
  9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
  10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
  11. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
  12. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
  13. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.

Panduan Pengurusan Kokurikulum

KEWAJIBAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH:

“Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996(Akta 550)} Kegagalan atau keenganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu tinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550}”


“Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1986, KP(BS)8591/jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986)”

A. KEGIATAN KOKURIKULUM

  1. Tugasan dalam bidang kokurikulum adalah tugasan rasmi dan setiap guru dikehendaki mematuhi jadual kokurikulum yang ditetapkan oleh sekolah.
  2. Setiap guru diperuntukkan sekurang-kurangnya 2 jam dalam seminggu dan dikehendaki mematuhi masa tersebut.
  3. Kedatangan guru haruslah menepati masa yang ditetapkan dan kehadiran hendaklah dicatat dalam Buku Kedatangan di pejabat sekolah.
  4. Kehadiran adalah dianggap sebagai satu tugas rasmi dan guru yang tidak hadir atau guru yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.
  5. Kawalan disiplin dan keselamatan murid-murid yang menghadiri sesuatu aktiviti kokurikulum adalah menjadi tanggungjawab guru-guru yang bertugas mengendalikan aktiviti berkenaan.
  6. Sebarang pindaan kepada masa yang ditetapkan dalam jadual berkenaan adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan kesulitan pada pihak murid dan ibu bapa atau penjaga murid
  7. Laporan kegiatan dari awal hingga keakhir hendaklah dicatat oleh guru penasihat berkenaan mengikut prosedur tetap pelaksanaan kokurikulum sekolah.


B. PERATURAN-PERATURAN GERAKERJA KOKURIKULUM SEKOLAH


1. PENUBUHAN & PENDAFTARAN UNIT GERKO KP, UB & SP

Setiap pemimpin/guru penasihat perlu mengemukakan Surat permohonan penubuhan KP atau SP dengan mengemukakan draf perlembagaan, ahli jawatankuasa penaja dan draf aktiviti asas kepada

  1. Guru Besar sebagai Penolong Pendaftar Sekolah.
  2. Pendaftaran UB pula perlu mendapat borang pendaftaran daripada Pesuruhjaya Daerah dan mestilah mendapat kebenaran daripada JPNS.
  3. Surat permohonan mengutip derma keahlian kepada Guru Besar

Setiap pemimpin/guru penasihat mesti menerima:-

  1. Surat perlantikan sebagai pemimpin/penasihat KP, UB, SP.
  2. Surat kelulusan penubuhan.
  3. Surat penurunan kuasa serta senarai tugas dan tanggungjawab
  4. Surat kelulusan mengutip derma keahlian.


2. PENYERTAAN/KEAHLIAN

Tiap-tiap pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam gerakerja kokurikulum sekolah iaitu :-
Satu gerakerja pakaian seragam (Pasukan Unit Beruniform), satu gerakerja kelab dan persatuan serta satu gerakerja sukan dan permainan.

Masa yang diperuntukkan adalah 60 minit seminggu untuk Tahun 3 dan 4 dan 120 minit seminggu untuk tahun 5 dan 6.

Bagi pelajar-pelajar yang cacat mereka juga tidak dikecualikan dari menyertai aktiviti kokurikulum.

Tiap-tiap pelajar dikehendaki :-

  1. Mengisi borang permohonan menjadi ahli.
  2. Mengisi borang-borang penyakit kronik.
  3. Mengisi borang kebenaran ibubapa/penjaga.


3. KEHADIRAN

Kedatangan adalah wajib dan setiap pelajar dikehendaki hadir dan menyertai kegiatan yang diambil/dipilih.

Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir kerana sakit hendaklah menunjukkan surat sakit.

Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir kerana hal-hal lain hendaklah membawa surat perakuan ibubapa/penjaga.

Surat peringatan”Pertama/Kedua/Ketiga” akan dikeluarkan pada ibubapa/penjaga pelajar tersebut jika pelajar tersebut tidak hadir tiga kali berturut-turut.

Ibubapa/penjaga dikehendaki mengisi borang pemberitahuan tidak hadir kokurikulum

Kesannya, apabila pelajar tidak dapat hadir kokurikulum tiga hari berturut-turut tanpa sebarang sebab, maka pelajar itu boleh digugurkan dari menjadi ahli dan tidak layak menerima sijil kokurikulum.

Tiap-tiap kedatangan akan diambil (direkodkan dalam jadual kedatangan) dan kad kedatangan yang terdapat pada murid akan disahkan oleh guru bertugas/panasihat.

Kehadiran yang kurang daripada 70% tidak akan dicatat dalam surat akuan.


4. PAKAIAN

  1. Pakaian seragam sekolah
  2. Pakaian seragam pasukan yang disertai
  3. Pakaian yang dibenarkan untuk gerakerja sukan
  4. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian lain daripada yang ditetapkan di dalam Buku Panduan Disiplin Sekolah (contohnya :- berselipar ketika mengikuti kegiatan kokurikulum)

5. KESELAMATAN DAN DISIPLIN

Pelajar-pelajar hendaklah mengutamakan segala peratura sekolah dan peraturan-peraturan gerakerja kokurikulum sekolah

Pelajar-pelajar hendaklah mengutamakan keselamatan dalam semua kegiatan dan penggunaan alat.

Pelajar dikehendaki mengisi surat akuan kebenaran ibubapa/penjaga apabila menyertai sesuatu aktiviti kokurikulum samada di dalam atau di luar sekolah

Guru pengawas/pengiring hendaklah memaklumkan secara bertulis (mengisi borang makluman murid yang mengikuti kegiatan kokurikulum) kepada :-

  1. Guru penasihat UB/KP/SP yang berkenaan jika aktiviti itu berjalan pada masa kokurikulum
  2. Guru kelas jika ketiak itu waktu persekolahan biasa
  3. Guru Besar sekolah agama jika ketiak itu melibatkan waktu persekolahan sekolah agama.


6. KAD KEDATANGAN

Kad ini hendaklah dibawa pata setiap kali pelajar menghadiri gerakerja kokurikulum dan hendaklah diserahkan sendiri kepada guru pengawas/penasihat atau pemimpin untuk ditandatangani.

Keselamatan kad ini adalah tanggungjawab pelajar sendiri

Kad ini hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing tiap-tiap akhir penggal persekolahan.


7. PENGGUNAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN

Setiap pelajar atau kela/persatuan /pasukan bertanggungjawab bagi menjaga dan menjamin kemudahan dan peralatan sekolah yand digunakan itu dalam keadaan baik.

Buku penggunaan alatan keluar/masuk hendaklah dilengkapkan oleh guru berkenaan

Peralatan yang merbahaya hendaklah digunakan dengan kebenaran dan kehadiran gur pengawas/penasihat atau pemimpin

Pelajar-pelajar adala dibenarkan membawa peralatan sendiri semasa menghadiri kwgiatan yang dipilih jika diarah atau diperluakan oleh guru pengawas/penasihat/pemimpin


8. PERJALANAN GERAKERJA KOKURIKULUM

Tiap-tiap persatuan/kelab/pasukan hendaklah mempunyai:-

  1. Perlembagaan sendiri
  2. Senarai guru penasihat dan ahli jawatankuasa
  3. Bilingan ahli lelaki/perempuan serta senarai nama ahli mengikut kelas
  4. Buku rekod kedatangan ahli
  5. Takwim/perancangan setahun unit berkenaan
  6. Senarai kutipan derma ahli
  7. Buku laporan aktiviti mengguan yang dijalankan

Tiap-tiap pelajar hendaklah memastikan namanya telah didaftarkan (sah) di dalam daftar persatuan/kelab/pasukan.

Setiap kali aktiviti berlangsung, ketua pasukan, pengerusi atau ketua kumpulan hendaklah memastikan bahawa guru pengawas/pemimpin/penasihat ada bersama. Aktiviti tidak boleh berlangsung tanpa pengawasan guru atau diwakilkan kepada ketua kumpulan/ketua pasukan atau pengerusi persatuan/kelab/pasukan

Jika menyertai sesuatu aktiviti/pertandingan, PROSEDUR no 5 di atas hendaklah digunakan:

  1. Satu borang laporan pencapaian hendaklah dilengkapkan
  2. Tuntutan perbelanjaan aktiviti kokurikulum juga hendaklah dibuat (jika ada kaitan)

Jika sesuatu program yang besar hendaklah dilaksanakan (contohnya: Hari Perkhemahan Sekolah, Hari Kelab & Persatuan atau Hari Sukan/permainan guru penyelaras akan membentangkan kertascadangan/kertas konsep.


Satu laporan tahunan kokurikulum unit masing-masing hendaklah disiapkan pada akhir persekolahan mengikut format yang ditentukan . Penyeliaan akan dilakukan dari semasa ke semasa


9. KEWANGAN

Tiap-tiap pelajar dikehendaki menjelaskan derma pendaftaran/derma keahlian mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh perlembagaan kelab/persatuan/pasukan masing-masing yang telah diluluskan oleh penolong pendaftar.


10. KAD PELAPORAN DAN PENGHARGAAN

Guru penasihat akan melengkapkan kad pelaporan pencapaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum pada akhir persekolahan tahun berkenaan.


Sijil penghargaan, sijil keahlian dan sijil penyertaan akan diberikan kepaa pelajar yang terlibat

Pelajar paling aktif dalam Unit Beruniform, Kelab/Persatuan serta Sukan/Permainan akan dianugerahkan penghargaan dalam bentuk cenderahati kepada pelajar lelaki dan perempuan pada Hari Anugerah Kegemilangan Pelajar sekolah.

Monday, September 7, 2009

NIAT-NIAT SEMBAHYANG SUNAT, SEBELUM DAN SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU

Niat-niat sembahyang yang tertera di laman ini adalah sebagai asas serta sebutan dan ejaan dalam Bahasa Melayu, Untuk lafaz serta sebutan lebih sempurna hendaklah bertanya kepada guru-guru agama atau membaca buku-buku agama yang bersangkutan.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SUBUH

Usalli sunnatal subhi raka'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

  • Dilakukan sebelum Solat Subuh sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ZOHOR

Usalli sunnatal zuhri raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat zohor dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

  • * Dilakukan sebelum Solat Zohor sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ZOHOR

Usalli sunnatal zuhri raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat zohor kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

  • * Dilakukan selepas Solat Zohor sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT ASAR

Usalli sunnatal asri raka'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

  • * Dilakukan sebelum Solat Asar sebanyak dua rakaat

NIAT SEMBAHYANG SUNAT MAGHRIB

Usalli sunnatal maghribi raka'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

  • * Dilakukan selepas Solat Maghrib sebanyak dua rakaat

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ISYA'

Usalli sunnatal isya'i raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat isya' dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

  • * Dilakukan sebelum Solat Isya' sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ISYA'

Usalli sunnatal isya'i raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat isya' kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

  • * Dilakukan selepas Solat Isya' sebanyak dua rakaat.