“Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996(Akta 550)} Kegagalan atau keenganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu tinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550}”
“Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1986, KP(BS)8591/jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986)”
A. KEGIATAN KOKURIKULUM
Tugasan dalam bidang kokurikulum adalah tugasan rasmi dan setiap guru dikehendaki mematuhi jadual kokurikulum yang ditetapkan oleh sekolah.
Setiap guru diperuntukkan sekurang-kurangnya 2 jam dalam seminggu dan dikehendaki mematuhi masa tersebut.
Kedatangan guru haruslah menepati masa yang ditetapkan dan kehadiran hendaklah dicatat dalam Buku Kedatangan di pejabat sekolah.
Kehadiran adalah dianggap sebagai satu tugas rasmi dan guru yang tidak hadir atau guru yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kawalan disiplin dan keselamatan murid-murid yang menghadiri sesuatu aktiviti kokurikulum adalah menjadi tanggungjawab guru-guru yang bertugas mengendalikan aktiviti berkenaan.
Sebarang pindaan kepada masa yang ditetapkan dalam jadual berkenaan adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan kesulitan pada pihak murid dan ibu bapa atau penjaga murid
Laporan kegiatan dari awal hingga keakhir hendaklah dicatat oleh guru penasihat berkenaan mengikut prosedur tetap pelaksanaan kokurikulum sekolah.
B. PERATURAN-PERATURAN GERAKERJA KOKURIKULUM SEKOLAH
1. PENUBUHAN & PENDAFTARAN UNIT GERKO KP, UB & SP
Setiap pemimpin/guru penasihat perlu mengemukakan Surat permohonan penubuhan KP atau SP dengan mengemukakan draf perlembagaan, ahli jawatankuasa penaja dan draf aktiviti asas kepada
Guru Besar sebagai Penolong Pendaftar Sekolah.
Pendaftaran UB pula perlu mendapat borang pendaftaran daripada Pesuruhjaya Daerah dan mestilah mendapat kebenaran daripada JPNS.
Surat permohonan mengutip derma keahlian kepada Guru Besar
Setiap pemimpin/guru penasihat mesti menerima:-
Surat perlantikan sebagai pemimpin/penasihat KP, UB, SP.
Surat kelulusan penubuhan.
Surat penurunan kuasa serta senarai tugas dan tanggungjawab
Surat kelulusan mengutip derma keahlian.
2. PENYERTAAN/KEAHLIAN
Tiap-tiap pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam gerakerja kokurikulum sekolah iaitu :- Satu gerakerja pakaian seragam (Pasukan Unit Beruniform), satu gerakerja kelab dan persatuan serta satu gerakerja sukan dan permainan.
Masa yang diperuntukkan adalah 60 minit seminggu untuk Tahun 3 dan 4 dan 120 minit seminggu untuk tahun 5 dan 6.
Bagi pelajar-pelajar yang cacat mereka juga tidak dikecualikan dari menyertai aktiviti kokurikulum.
Tiap-tiap pelajar dikehendaki :-
Mengisi borang permohonan menjadi ahli.
Mengisi borang-borang penyakit kronik.
Mengisi borang kebenaran ibubapa/penjaga.
3. KEHADIRAN
Kedatangan adalah wajib dan setiap pelajar dikehendaki hadir dan menyertai kegiatan yang diambil/dipilih.
Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir kerana sakit hendaklah menunjukkan surat sakit.
Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir kerana hal-hal lain hendaklah membawa surat perakuan ibubapa/penjaga.
Surat peringatan”Pertama/Kedua/Ketiga” akan dikeluarkan pada ibubapa/penjaga pelajar tersebut jika pelajar tersebut tidak hadir tiga kali berturut-turut.
Ibubapa/penjaga dikehendaki mengisi borang pemberitahuan tidak hadir kokurikulum
Kesannya, apabila pelajar tidak dapat hadir kokurikulum tiga hari berturut-turut tanpa sebarang sebab, maka pelajar itu boleh digugurkan dari menjadi ahli dan tidak layak menerima sijil kokurikulum.
Tiap-tiap kedatangan akan diambil (direkodkan dalam jadual kedatangan) dan kad kedatangan yang terdapat pada murid akan disahkan oleh guru bertugas/panasihat.
Kehadiran yang kurang daripada 70% tidak akan dicatat dalam surat akuan.
4. PAKAIAN
Pakaian seragam sekolah
Pakaian seragam pasukan yang disertai
Pakaian yang dibenarkan untuk gerakerja sukan
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian lain daripada yang ditetapkan di dalam Buku Panduan Disiplin Sekolah (contohnya :- berselipar ketika mengikuti kegiatan kokurikulum)
5. KESELAMATAN DAN DISIPLIN
Pelajar-pelajar hendaklah mengutamakan segala peratura sekolah dan peraturan-peraturan gerakerja kokurikulum sekolah
Pelajar-pelajar hendaklah mengutamakan keselamatan dalam semua kegiatan dan penggunaan alat.
Pelajar dikehendaki mengisi surat akuan kebenaran ibubapa/penjaga apabila menyertai sesuatu aktiviti kokurikulum samada di dalam atau di luar sekolah
Guru pengawas/pengiring hendaklah memaklumkan secara bertulis (mengisi borang makluman murid yang mengikuti kegiatan kokurikulum) kepada :-
Guru penasihat UB/KP/SP yang berkenaan jika aktiviti itu berjalan pada masa kokurikulum
Guru kelas jika ketiak itu waktu persekolahan biasa
Guru Besar sekolah agama jika ketiak itu melibatkan waktu persekolahan sekolah agama.
6. KAD KEDATANGAN
Kad ini hendaklah dibawa pata setiap kali pelajar menghadiri gerakerja kokurikulum dan hendaklah diserahkan sendiri kepada guru pengawas/penasihat atau pemimpin untuk ditandatangani.
Keselamatan kad ini adalah tanggungjawab pelajar sendiri
Kad ini hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing tiap-tiap akhir penggal persekolahan.
7. PENGGUNAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN
Setiap pelajar atau kela/persatuan /pasukan bertanggungjawab bagi menjaga dan menjamin kemudahan dan peralatan sekolah yand digunakan itu dalam keadaan baik.
Buku penggunaan alatan keluar/masuk hendaklah dilengkapkan oleh guru berkenaan
Peralatan yang merbahaya hendaklah digunakan dengan kebenaran dan kehadiran gur pengawas/penasihat atau pemimpin
Pelajar-pelajar adala dibenarkan membawa peralatan sendiri semasa menghadiri kwgiatan yang dipilih jika diarah atau diperluakan oleh guru pengawas/penasihat/pemimpin
Bilingan ahli lelaki/perempuan serta senarai nama ahli mengikut kelas
Buku rekod kedatangan ahli
Takwim/perancangan setahun unit berkenaan
Senarai kutipan derma ahli
Buku laporan aktiviti mengguan yang dijalankan
Tiap-tiap pelajar hendaklah memastikan namanya telah didaftarkan (sah) di dalam daftar persatuan/kelab/pasukan.
Setiap kali aktiviti berlangsung, ketua pasukan, pengerusi atau ketua kumpulan hendaklah memastikan bahawa guru pengawas/pemimpin/penasihat ada bersama. Aktiviti tidak boleh berlangsung tanpa pengawasan guru atau diwakilkan kepada ketua kumpulan/ketua pasukan atau pengerusi persatuan/kelab/pasukan
Jika menyertai sesuatu aktiviti/pertandingan, PROSEDUR no 5 di atas hendaklah digunakan:
Satu borang laporan pencapaian hendaklah dilengkapkan
Tuntutan perbelanjaan aktiviti kokurikulum juga hendaklah dibuat (jika ada kaitan)
Jika sesuatu program yang besar hendaklah dilaksanakan (contohnya: Hari Perkhemahan Sekolah, Hari Kelab & Persatuan atau Hari Sukan/permainan guru penyelaras akan membentangkan kertascadangan/kertas konsep.
Satu laporan tahunan kokurikulum unit masing-masing hendaklah disiapkan pada akhir persekolahan mengikut format yang ditentukan . Penyeliaan akan dilakukan dari semasa ke semasa
9. KEWANGAN
Tiap-tiap pelajar dikehendaki menjelaskan derma pendaftaran/derma keahlian mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh perlembagaan kelab/persatuan/pasukan masing-masing yang telah diluluskan oleh penolong pendaftar.
10. KAD PELAPORAN DAN PENGHARGAAN
Guru penasihat akan melengkapkan kad pelaporan pencapaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum pada akhir persekolahan tahun berkenaan.
Sijil penghargaan, sijil keahlian dan sijil penyertaan akan diberikan kepaa pelajar yang terlibat
Pelajar paling aktif dalam Unit Beruniform, Kelab/Persatuan serta Sukan/Permainan akan dianugerahkan penghargaan dalam bentuk cenderahati kepada pelajar lelaki dan perempuan pada Hari Anugerah Kegemilangan Pelajar sekolah.