Monday, September 7, 2009

NIAT-NIAT SEMBAHYANG SUNAT, SEBELUM DAN SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU

Niat-niat sembahyang yang tertera di laman ini adalah sebagai asas serta sebutan dan ejaan dalam Bahasa Melayu, Untuk lafaz serta sebutan lebih sempurna hendaklah bertanya kepada guru-guru agama atau membaca buku-buku agama yang bersangkutan.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SUBUH

Usalli sunnatal subhi raka'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

  • Dilakukan sebelum Solat Subuh sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ZOHOR

Usalli sunnatal zuhri raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat zohor dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

  • * Dilakukan sebelum Solat Zohor sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ZOHOR

Usalli sunnatal zuhri raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat zohor kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

  • * Dilakukan selepas Solat Zohor sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT ASAR

Usalli sunnatal asri raka'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

  • * Dilakukan sebelum Solat Asar sebanyak dua rakaat

NIAT SEMBAHYANG SUNAT MAGHRIB

Usalli sunnatal maghribi raka'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

  • * Dilakukan selepas Solat Maghrib sebanyak dua rakaat

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ISYA'

Usalli sunnatal isya'i raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat isya' dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

  • * Dilakukan sebelum Solat Isya' sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ISYA'

Usalli sunnatal isya'i raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat isya' kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

  • * Dilakukan selepas Solat Isya' sebanyak dua rakaat.

Sembahyang Sunat Rawatib

Sembahyang sunat rawatib adalah sembahyang sunat yang dikerjakan sebelum dan sesudah sembahyang fardhu. Semua sembahyang Rawatib mempunyai 22 rakaat sembahyang antaranya :

a) Dua rakaat sebelum sembahyang Subuh
b) Dua rakaat sebelum sembahyang Zohor dan dua atau empat rakaat sesudahnya.
c) Dua rakaat atau empat rakaat sebelum Asar.
d) Dua rakaat sebelum Maghrib dan dua rakaat sesudah Maghrib
e) Dua rakaat sebelum Isya dan dua rakaat sesudah Isya'

Diantara sembahyang tersebut ada yang dinamakan "Sunnat Muakkad" ertinya sunat yang dituntut untuk dilakukan. Iaitu :
a) Dua Rakaat Sebelum Zohor. Lafaz niatnya : "Sahaja Aku sembahyang sunat sebelum Zohor dua rakaat kerana Allah taala."
b) Dua Rakaat Selepas Zohor. Lafaz niatnya : "Sahaja Aku sembahyang sunat selepas Zohor dua rakaat kerana Allah taala."
c) Dua Rakaat Sebelum Asar. Lafaz niatnya : "Sahaja Aku sembahyang sunat sebelum Asar dua rakaat kerana Allah taala."
d) Dua Rakaat Selepas Maghrib. Lafaz niatnya : "Sahaja Aku sembahyang sunat selepas Maghrib dua rakaat kerana Allah taala."
e) Dua Rakaat Sebelum Isya. Lafaz niatnya : "Sahaja Aku sembahyang sunat sebelum Isya dua rakaat kerana Allah taala."
f) Dua Rakaat Selepas Isya. Lafaz niatnya : "Sahaja Aku sembahyang sunat selepas Isya dua rakaat kerana Allah taala."

Sembahyang-sembahyang tersebut di atas yang dikerjakan sebelum sembahyang fardhu dinamakan "Qabliyah" dan yang dikerjakan sesudah sembahyang fardhu dinamakan "Ba'diyah".

Cara-cara sembahyang adalah seperti berikut :

1. Niatnya menurut sembahyang

2. Tiada azan dan iqamah

3. Tidak dikerjakan secara berjamaah

4. Bacaannya tidak dinyaringkan. (Fatihah selepas takbir dan sebarang surah selepas itu)

5. Jika hendak dilakukan lebih daripada du rakaat, maka setiap dua rakaat satu salam.

6. Sebaiknya hendaklah berpindah tempat ketika mengerjakan sembahyang sunat ba'diyah dari tempat sembahyang fardhu yang dikerjakan sebelumnya.

Sembahyang Sunat Wudhu' Setiap kali seseorang itu selesai berwudhu', disunatkan mengerjakan sembahyang sunat wudhu' dua rakaat dan cara mengerjakannya ialah :

Sesudah berwudhu' membaca doa : Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang menyekutukan bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya. Ya Allah jadikanlah aku dari golongan yang bertaubat, dan jadikanlah aku dari orang yang suci dan dari golongan orang yang soleh.

Selesai membaca doa tersebut, disunatkan sembahyang sunat Wudhu' dua rakaat dengan lafaz niatnya : "Sahaja Aku sembahyang sunat Wudhu' dua rakaat kerana Allah taala." Sembahyang ini dikerjakan sebagaimana sembahyang yanglain dengan khusyuk dan ikhlas sampai salam.

KISAH RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA WAKTU, PUASA DAN SYAFAAT NABI SAW

Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : ' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat- kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab (terhampir).'

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.' Sabda Rasullullah S.A.W. : 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbih- lah segala sesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas
kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.‘

Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?’

Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.' Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan'. Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya' (attammah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari
terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:

• Dibebaskan dari api neraka.

• Dibebaskan dari nifaq (sifat munafik).

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya'. Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.’ Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:

• Akan dicairkan daging haram yang tumbuh di badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).

• Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

• Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

• Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.

• Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).

• Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.

• Allah S.W.T. akan memberinya balasan syurga.'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-
nabi.' Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap
menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah- buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155)



KESUNGGUHAN DAN KEKEMASAN DALAM MELAKSANAKAN IBADAT

Jika anda pernah berada dalam majlis yang didakan dengan kehadiran Sultan, apakah yang akan anda alami atau dapat lihat. Semua hadirin berpakaian kemas (bahkan ada yang seragam), pakaian baru, misai, rambut dan janggut dirapikan, kasut dikilatkan, bau-bauan dipakai, cara berjalan ditertibkan, cara bercakap dilembutkan, tidak bercakap yang bukan-bukan, cara duduk dikemaskan, tidak ada satu perkara yang bising dilakukan hinggakan jika jarum jatuh mungkin kedengaran, mata tajam memandang ke hadapan, setiap aturcara dilalui dengan penuh khusyuk dan sebagainya. Semua orang tak mahu melakukan kesilapan.


Itu majlis mengadap manusia yang dijadikan pemimpin. Bagaimana pula sikap kita pada majlis mengadap Tuhan kepada manusia. Baik pada majlis mengadap sendirian maupun pada majlis mengadap di masjid atau surau.


• Bagaimana pakaian kita?
• Adakah berlebih kurang sahaja?
• Bagaimana bau badan yang manusia sendiri memekupkan hidungnya?
• Bagaimana gerakan dalam solat kita?
• Adakah secara lebih kurang sahaja, tidak sekemas kita mengangkat sembah kepada raja. Orang Kedah kata angkat tangan
untuk takbir pun cara ‘lohleh’. Menyebut takbir pun macam orang nak mati atau secara lebih kurang tidak seperti menyebut
‘Ampun Tuanku…’ Cara bangkit dan gerak dalam solat bagaimana? Adakah sekemas cara bangkit dalam majlis di raja?
• Cara duduk bagaimana pula.?

Adakah tidur ketika khatib berkhutbah sedangkan terbeliak biji mata bila mendengar titah diraja. Dan sebagainya. Memang baik dan dituntut kita beradab di mana-mana majlis pun. Tetapi kadangkala kita lupa bahawa di majlis mengadap Allah sepatutnya kita lebih beradab dan menunjukkan kesungguhan kita kerana kita mengadap Allah tuhan kita meskipun majlisnya tidak penuh warna warni dan gilang gemilang. Cukuplah kalau kita dapat bersedia mengadap Allah seperti mana kita bersedia mengadap pemerintah negeri walaupun sepatutnya lebih dari itu.



PANDUAN MUSAFIR DAN SOLAH DI DALAM PERJALANAN

Setiap orang yang ingin melakukan perjalanan atau bermusafir dengan tujuan yang baik dan dituntut oleh Islam seperti bermusafir
kerana menuntut ilmu, melaksanakan sesuatu urusan keagamaan seperti mengerjakan Ibadat Haji, menziarahi keluarga, kenalan
atau mencari rezeki yang halal untuk memenuhi keperluan keluarganya, mereka tergolong di kalangan orang-orang yang
menempuh perjalanan yang diredhai Allah, atau dikira beribadat kepada Allah S.W.T . Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

" Barangsiapa yang bermusafir kerana menuntut ilmu pengetahuan, maka ia adalah dalam perjalanan Allah, sehinggalah ia kembali ".


PANDUAN BERMUSAFIR - NIAT

Hendaklah niat bermusafir dengan tujuan melaksanakan sesuatu hal yang baik semoga sentiasa diberkati oleh Allah. Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

" Tidak seorang pun yang keluar dari rumahnya kecuali ada dua panji-panji, salah satu di antaranya berada di tangan malaikat sedang yang lainnya di tangan syaitan. Maka jika keluarnya itu untuk sesuatu urusan yang disukai Allah S.W.T, ia akan diringi oleh malaikat dengan panji-panjinya. Demikianlah ia akan selalu berada di bawah panji-panji malaikat sampai ia kembali ke rumahnya. Sebaliknya jika keluarnya itu untuk sesuatu hal yang dimurkai Allah, maka orang itu akan diiringi oleh syaitan dengan panji-panjinya. Dan demikianlah ia akan selalu di bawah panji- panji syaitan sampai ia pulang kembali ke rumahnya ". ( Riwayat Ahmad dan Tabrani )


SEMBAHYANG SUNAT MUSAFIR

Sunat melakukan sembahyang sunat musafir sebelum berangkat. Cara-cara sembahyang sunat musafir.

1. Lafaz niat ketika takbiratul ihram ialah seperti berikut :

" Sahaja aku sembahyang sunat musafir dua rakaat kerana Allah "

2. Pada rakaat yg pertama selepas membaca Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun

3. Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.

4. Selepas salam berdoalah meminta agar Allah memberikan keselamatan, kemudahan serta memberkati perjalanan yang hendak dilakukan


SUNAT-SUNAT MUSAFIR

1. Sunat memulakan musafir pada hari Khamis.. Diriwayatkan oleh Bukhari:
" Bahawa Rasulullah S.A.W jika ia bermusafir, jarang ia berangkat bukan pada hari Khamis "

2. Sunat membawa teman ketika bermusafir. dari Ibnu Umar r.a:
"Bahawa Rasulullah S.A.W melarang bersendiri, ertinya bila seseorang itu menginap atau bermusafir seorang diri ". ( Riwayat Ahmad )

Baginda juga selalu membawa barang-barang berikut semasa bermusafir iaitu sebotol minyak, sikat rambut, celak, gunting, kayu sugi dan cermin.

3. Sunat meminta kaum keluarga atau sahabat yang ditinggalkan memohon supaya bertawakkal kepada Allah supaya men- doakan keselamatan kita dalam perjalanan dan musafir.

4. Sunat berdoa ketika keluar berangkat dari rumah.

" Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah dan tiada daya maupun tenaga kecuali dengan izin Allah "

5. Jika bermusafir dengan menaiki kenderaan maka sunat pula berdoa :

" Segala puji bagi Allah, maha Suci Allah yang telah menjinakkan ( memudahkan ) bagi kami kenderaan ini, padahal sebelumnya kami takkan mampu menguasainya dan sungguh kami nanti akan pulang kembali kepada Tuhan kami ".



SOLAH DALAM PERJALANAN

Jika jarak musafir atau tempat yang dituju itu lebih dari dua marhalah ( 56 batu atau 91 kilometer ) maka Allah memberikan kemudahan kepada kita untuk menjamak dan menqasarkan sembahyang fardhu.


SEMBAHYANG JAMAK

Sembahyang jamak ialah mengumpulkan dua sembahyang fardhu dalam satu waktu samada jamak Taqdim atau jamak Taakhir. Seseorang yang ingin sembahyang jamak ( Taqdim atau Taakhir ) hendaklah keluar dari rumahnya sebelum masuk waktu zohor ( jika ia berhajat untuk menjamak sembahyang Zohor dan Asar ) atau keluar sebelum masuk waktu Maghrib ( jika ia berhajat untuk menjamak sembahyang Maghrib dan Isyak dari qariahnya.


JAMAK TAQDIM

Jamak Taqdim ertinya mengumpul atau menghimpunkan sembahyang yang kedua di dalam waktu pertama seperti sembahyang Fardhu Asar dalam waktu Zohor dan sembahyang Isyak dalam waktu Maghrib.

Syarat-syarat sembahyang jamak Taqdim:

1. Didahulukan sembahyang yang pertama iaitu Zohor, kemudian baru ditunaikan yang kedua iaitu Asar. Begitu juga Maghrib didahulukan, kemudian baru Isyak. Walaubagaimanapun jika diterbalikkan,sah sembahyang jamak tersebut.

2. Berniat untuk sembahyang jamak dalam sembahyang yang pertama ( bermula dari takbiratul ihram atau di tengah-tengah sembahyang selagi belum memberi salam ). Yang afdhalnya dalam Takbiratul Ihram.

3. Mualat iaitu berturut-turut antara dua sembahyang yang dikumpulkan. Jangan diselangi dengan masa yang panjang. Selangmasa yang dibenarkan ialah tidak melebihi kadar masa dua rakaat sembahyang sunat yang ringkas.

4. Masa berkekalan dalam masa musafir hingga Takbiratul Ihram sembahyang yang kedua ( tiada disyaratkan sampai tamat sembahyang yang kedua itu ).

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama ( Zohor atau Maghrib ) berkekalan hingga didirikan solat yang kedua ( Asar atau Isyak ).

JAMAK TAAKHIR

Jamak Taakhir ertinya mengumpul sembahyang yang pertama di dalam waktu yang kedua. Seperti Sembahyang Zohor dilaksanakan di dalam waktu Asar dan sembahyang Maghrib di dalam waktu Isyak

Syarat-syarat sembahyang jamak Taakhir:

1. Hendaklah berniat Jamak Taakhir dalam waktu yang pertama ( Zohor atau Maghrib ) seperti hendak Taakhirkan sembahyang fardhu Zohor ke waktu Asar atau Taakhirkan sembahyang Maghrib ke waktu Isyak iaitu ketika bermulanya masuk waktu Zohor atau Maghrib hinggalah berakhirnya waktu berkenaan.

2. Masih dalam musafir hingga selesai kedua-dua sembahyang.



NOTA :

1. Jarak antara sembahyang dalam jamak Taakhir tidak semestinya berturut-turut, iaitu boleh diselangi dengan masa yang panjang.

2. Tidak boleh jamak ( Taqdim atau Taakhir ) sembahyang fardhu Asar dengan Maghrib atau sebaliknya. Fardhu Isyak dengan Fardhu Subuh atau sebaliknya. Juga tidak boleh jamak sembahyang fardhu Subuh dengan fardhu Zohor atau sebaliknya. Yang dijamakkan ialah zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak sahaja.

SEMBAHYANG QASAR

Sembahyang Qasar ialah memendekkan sembahyang empat rakaat menjadi dua rakaat.

Syarat-syarat sembahyang Qasar

1. Perjalanan atau musafir yang diharuskan oleh syarak atau bukan kerana membuat maksiat.

2. Perjalanan atau musafir yang lebih dua marhala ( 56 batu/ 91 kilometer)

3. Niat sembahyang Qasar semasa Takbiratul Ihram

4. Solat yang terdiri dripada 4 rakaat ( Zohor, Asar, dan Isyak )

5. Berkekalan musafir ( masih daalam musafir ) sehingga selesai atau sempurna sembahyang.

6. Tidak boleh mengikut orang atau jemaah yang sembahyang secara tamam ( sembahyang yang sempurna empat rakaat )

NOTA : Kalau diikut Imam sembahyang tamam, wajib ditamamkan sembahyang kita. Orang yang sembahyang tamam boleh
berimamkan mengikut orang yang sembahyang Qasar.


LAIN-LAIN PERKARA MENGENAI SEMBAHYANG JAMAK DAN QASAR

1. Sembahyang jamak dan qasar di satu-satu tempat ( dalam musafir ) boleh dikerjakan selama tiga hari tidak termasuk hari sampai dan hari keluar daripada tempat itu.

2. Jika berniat hendak berhenti di satu-satu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari atau lebih, maka putuslah musafir sebaik sahaja sampai ke tempat tersebut dan tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar. Begitu juga kalau berhenti itu kerana hajat yang tidak boleh lagi selesai dalam masa empat hari itu maka putus juga musafirnya. Tetapi kalau berhenti itu kerana hajat yang boleh selesai dalam masa tiga hari ( atau hendak berhenti kurang dari tiga hari ) maka boleh qasar dan jamak selama tiga hari itu, selain daripada hari masuk dan hari keluar.

3. Seseorang berniat hendak berhenti terus dari satu tempat, maka berakhirlah musafir apabila sampai ke tempat tersebut. Ia tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar kerana ia telah bermukim di situ.

4. Jika ia berhenti di satu tempat ( dalam musafir ) kerana ada urusan yang dijangka selesai dalam masa dua atau tiga hari tetapi urusan itu tidak juga selesai dari sehari ke sehari maka ia boleh terus sembahyang jamak dan qasar sehingga 18 hari.

5. Seseorang bermusafir dalam keadaan tidak tahu tempoh berhenti atau tiada tempat tertentu yang dituju tidak boleh sembahyang jamak dan qasar.

6. Seseorang sedang sembahynag qasar dalam kenderaan misalnya, tiba- tiba sampai ke tempat yang dituju yang tidak dibolehkan jamak dan qasar atau sampai ke tempat asal ( tempat menetap )maka wajib disudahkan sembahyang fardhu itu secara tamam (penuh empat rakaat ).

7. Jika bermusafir tetapi tidak tahu hukum dan syarat-syarat mengenai sembahyang jamak dan qasar, maka ia wajib sembahyang tamam ( sempurna ) sepanjang musafir.

8. Jika seseorang keluar dari rumah sebelum fajar hari Jumaat, ia diharuskan mengerjaakan sembahyang Jumaat. Tetapi jika ia keluar selepas fajar pada hari Jumaat, ia wajib sembahyang Jumaat di mana tempat ia mendengar azan semasa ia bermusafir.


CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI DALAM KAPAL TERBANG

Di dalam penerbangan penumpang tidak dibenarkan mengambil air sembahyang kerana akan menyebabkan air yang banyak tertumpah ke lantai yang akan membahayakan penerbangan. Di masa-masa tertentu, penumpang juga hendaklah mematuhi arahan supaya duduk dan memasang tali pinggang keledar di kerusi masing-masing bagi menjaga keselamatan semasa
penerbangan. Berdasarkan sebab-sebab di atas para ulama berpendapat cara-cara sembahyang di dalam kapal terbang bolehlah dibuat seperti berikut:

1. Sembahyang dilakukan bagi menghormati waktu iaitu dengan isyarat sahaja di mana kita seolah-olah berada dalam keadaan tidak dapat bergerak seperti mana orang yang terikat pada pokok. ( Tidak perlu ada air sembahyang, tidak perlu menghadap Kiblat dan tidak perlu mengikut syarat-syarat sah lain yang diperlukan ).

2. Apabila turun di Lapangan Terbang dan waktu masih ada, wajiblah sembahyang berkenaan diulang semula dan jika sudah habis waktu, wajiblah sembahyang berkenaan diqadatkan.


LAFAZ NIAT

Lafaz Niat Sembahyang Qasar serta Jamak

1. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Zohor dengan Asar Taqdim :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala".

Selepas itu terus sembahyang Asar :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala ".

2. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Zohor dengan Asar Taakhir :

" Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan kepada Asar kerana Allah Taala "

Selepas itu terus sembahyang Asar :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala ".

3. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Maghrib dengan Isyak Taqdim:
" Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah Taala ".

Selepas itu terus sembahyang Isyak :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala ".

4. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Maghrib dengan Isyak Taakhir :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isyak kerana Allah Taala ".

Selepas itu terus sembahyang Isyak :
" Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala ".

MENGAPA PERLU BERJEMAAH DI MASJID

Sabda Rasulullah: "Sesunggguhnya syaitan itu adalah serigala bagi manusia, sepertimana serigala yang menyerang kambing-kambing yang terpisah dari kumpulannya. Maka hati-hatilah kamu, jangan menyendiri di lembah-lembah tetapi hendaklah menyertai jemaah dan berada di masjid".

Allah berfirman dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Al Baha'ie dari Anas : "Demi Keagungan dan KebesaranKu, jika Aku hendak menurunkan azab atas penghuni bumi, lalu Aku melihat mereka yang memakmurkan rumah-rumahKu (masjid), dan yang saling kasih keranaKu, dan yang meminta ampun kepadaKu di waktu malam, maka aku elakkan azab itu dari mereka."

KENIKMATAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Sesungguhnya pahala menunaikan solat Subuh dan Isyak dengan berjemaah sama dengan melakukan solat semalam suntuk yang dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api. Sebagaimana hadis riwayat Muslim dan Usman bin Affan
bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa melakukan solat Isyak dengan berjemaah, maka seolah melakukan solat separuh malam. Dan barangsiapa yang melakukan solat Subuh dengan berjemaah maka seolah melakukan solat
semalam suntuk."

1) Orang yang melakukan solat subuh berjemaah akan mendapat cahaya yang sempurna di hari kiamat. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Berilah khabar gembira pada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa ia akan mendapat cahaya yang sempurna di hari akhirat." (HR Abu Daud dan Tarmizi)

2) Sesungguhnya melakukan solat jemaah Subuh dan Asar tepat pada waktunya termasuk sebab yang memasukkan seseorang ke syurga dan selamat dari seksa neraka. Rasulullah bersabda: "Tidak masuk neraka seseorang yang melakukan solat sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam (solat subuh dan Asar.") (HR:Muslim)

3) Malaikat berkumpul di waktu solat Asar dan Subuh. Merekalah yang membawa rahmat dan berkat.

4) Sesungguhnya satu langkah orang yang berjalan ke masjid adalah menghapuskan kesalahan dan yang lain mengangkat
darjat. Maka langkah yang banyak ke masjid termasuk hal yang membawa kesalahan dihapus dan darjat diangkat, sebagaimana hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan Iman Muslim.

Betapa besarnya ganjaran Allah yang menanti bagi mereka yang solat Subuh berjemaah khususnya di masjid. Apakah alasan yang hendak diberikan oleh mereka yang tidak hadir ke masjid di waktu Subuh? Mereka diberi kemudahan motor dan kereta oleh Allah.
Mereka diberi tilam yang empok oleh Allah. Masjid melaungkan azan pertama sejak jam 5.00 pagi lagi (azan pertama) untuk mereka bersedia ke rumah Allah. Mereka belum ada urusan lain, yang kerap dijadikan alasan kerana tak mahu ke rumah Allah. Jika kita dihadapkan di depan Allah kelak,dengan alasan bagaimanakah akan kita jawab? Bagi mereka yang tidak datang bersolat berjemaah Subuh di masjid, marilah kita berubah.


KERUGIAN ORANG YANG TIDAK SOLAT SUBUH.

Berikut adalah kerugian yang akan dialami oleh orang yang tidak melakukan solat Subuh dan solat lain secara berjemaah:

1) Memiliki sifat-sifat orang munafik yang tidak menjalankan solat (kecuali dalam keadaan malas) Rasulullah bersabda bermaksud: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (Muttafa Alaih)

2) Kesengajaan tidur hingga tidak solat subuh dan meninggalkan solat berjemaah merupakan perbuatan kufur dan diancam dengan ancaman yang sangat berat. Allah berfirman bermaksud: "Maka celakalah orang-orang yang melakukan solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya." (Al Ma'un 4-5)

3) Seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW dan dia tidur hingga pagi, lalu Nabi SAW bersabda bermaksud: "Itulah lelaki yang kedua telinganya dikencing syaitan.“ (Muttafa Alaih)

Allah SWT sendiri mengatakan bahawa mereka yang susah untuk solat Isyak dan Subuh adalah orang munafik. Jadi tak susahlah kita hendak kenali orang munafik. Dan kita sendiri dapat mengukur adakah kita ini orang munafik atau tidak.

Datangilah masjid-masjid dan surau-surau untuk bersolat Subuh.


SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan, maka umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah. la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.


Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w.. yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya ialah Rasulullah s.a.w. bersabda: yang bermaksud "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."



Lafaz dan niatnya adalah seperti berikut:
Sahaja aku solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.


Kaedah 1

Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca ayat Al-Kursi (7 kali). Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca Surah Al-Ikhlas (11 kali). Dalam sujud yang terakhir, baca tasbih/doa berikut sebanyak 40 kali:

Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah S.W.T. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

Doa Selepas Solat Sunat Istikharah:
“Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan
kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."

(HR At-Tirmizi dan Bukhari)




Kaedah 2 (yang lebih ringkas)

Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca Surah Al-Kafiruun (1 kali). Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca 1 Surah Al-Ikhlas (1 kali). Selepas selesai memberi salam, bacalah doa seperti dalam Kaedah 1 di atas.

SOLAT MENGGUGURKAN DOSA

Abu Zar r.a meriwayatkan bahwa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya. Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur. Baginda ambil ranting sebatang pohon yang daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya, seraya Baginda s.a.w bersabda, "Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH, dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".

Biasanya di musim daun-daun gugur, lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-setengah pohon tak ada sehelai daun pun yang tinggal. Begitulah kesannya solat yang dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawaduk.Segala dosa yang
dilakukan oleh seseorang yang bersolat adalah dihapuskan. Bagaimanapun hendaklah diingat menurut ahlul kalam hanya dosa-dosa kecil saja yang terampun dengan solat. Dosa-dosa besar tidaklah terampun tanpa bertaubat.

Oleh itu, patutlah kita, disamping bersolat, jangan lupa beristighfar dan bertaubat. Semoga ALLAH s.w.t dengan limpah rahmatNya, mengampun juga dosa-dosa besar yang terlaku oleh seseorang berkat solatnya kerana ALLAH.

Mengapa bersalaman selepas sembahyang berjemaah?

Semasa kita sembahyang kita mengadap Allah SWT dan hubungan kita dengan mahluk-mahluk lain terputus. Selepas sembahyang disunatkan bersalaman bagi menyambung kembali persaudaraan sesama Islam.

ADAB-ADAB BERWUDUK

1. Memulainya dengan sebutan nama Allah s.w.t. "Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada maknanya wuduk yang tidak disebut nama Allah s.w.t (padanya)". (Riwayat Abu Dawud)

2. Jangan memukulkan air ke muka dan kepala.

3. Jangan mengirapkan tangan supaya air terpercik sesudah berwuduk.

4. Tenang dan hadir hati ketika berwuduk kerana ketenangan dan kekusyukan pada wuduk adalah permulaan bagi kekusyukan dalam sembahyang.

5. Bersugi setiap kali hendak berwuduk kerana ia dapat membersihkan mulut sekaligus mendapat keredaan Allah s.w.t

6. Berusaha menyampaikan air wuduk ke dalam lipatan-lipatan kulit, telapak kaki bahagian belakang (tumit) dan ke celah-celah jari-jari (tangan dan kaki).

7. Menyempurnakan wuduk lebih dari sekadar fardu-fardunya seperti menyampaikan air lebih dari dua siku atau menyampaikan air hingga ke pertengahan betis, istimewa sekali ketika cuaca sejuk kerana ia adalah cahaya dan perhiasan orang mukmin pada hari kiamat.

Dari ‘Usman bin ‘Affan r.a. berkata Rasulallah SAW bersabda: “Siapa yang berwuduk dengan sempurna, maka keluarlah segala dosa dari tubuhnya, sehingga dari bawah kukunya juga.”
SEMBAHYANG DHUHA - Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.

Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya: "Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : "Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas" (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak
ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : " Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua
belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba- hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya," (Riwayat At-Thabarani ).

Untuk mengamalkan sunat Dhuha, yang bekerja, dicadangkan mengambil wuduk di rumah. Selepas itu kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat kerja dan insyaallah mendapat perlindungan Allah S.A.T semasa perjalanan. Bila sampai ke tempat kerja terus mengerjakan sembahyang Dhuha.

Adapun niat sembahyang Dhuha ialah : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "

Bacaan surah yang digalakkan adalah seperti berikut:

Rakaat 1 Al-Syamsy Al Dhuha Al-Kursi 7X

Rakaat 2 Al-Laiil An Nasr Al-Iklas 11X

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:

"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, keku- atan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas lan-
git, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

RAHSIA KHUSYUK SOLAT

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadah- nya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang telah dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


PETUA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solat- mu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahu- lu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempur-
na, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.Firman Allah lagi yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang" . serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah dia-
malkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu upaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusa- halah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan munjat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud: "Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].




NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN — hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA — dua harakat, MIN— 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat.

Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.





PUASA 6

MARILAH kita tanamkan sifat takwa kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan sebenar-benar takwa, dengan cara dan jalan ini kita akan selamat dan berbahagia di dunia mahupun di akhirat iaitu dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala apa-apa jua larangan-Nya.

Sesudah mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadan dan berjaya menjalankan ibadat puasa, umat Islam sekali lagi diberikan peluang merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu di bulan Syawal ini dengan satu lagi peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja untuk menambahkan pahala dan keberkatan di dunia iaitu dengan berpuasa enam.

Di dalam bulan Syawal ini mengandungi beberapa keistimewaan yang dituntut oleh Islam supaya melakukannya. Terutama sekali puasa enam iaitu berpuasa enam hari di bulan Syawal. Berhubung hal ini hadis ada menerangkan yang bermaksud dari Abu Ayub An-Ansari Radiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

"Barang siapa berpuasa bulan Ramadan, kemudian ia berpuasa pula enam hari pada bulan Syawal adalah seperti berpuasa sepanjang masa."

Satu keistimewaan yang difahami dari sabda Sallallahu Alaihi Wasallam itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling berharga disediakan kepada orang-orang yang mengejar nikmat dan kemurahan Allah Subhanahu Wataala sepanjang hidup terdapat pula di bulan Syawal iaitu puasa enam hari di dalamnya.

Ganjaran pahala diberikan oleh Allah Taala kepada mereka yang berpuasa enam di bulan Syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa sepanjang masa. Ganjaran yang begitu tinggi nilainya diberikan Allah Subhanahu Wataala pada puasa ini dapatkan difahamkan kerana kebanyakan manusia tidak dapat melakukannya. Ini adalah berkait rapat dengan keadaan keliling yang lebih mencabar keimanan seseorang yang menunaikan puas di waktu kemeriahan Hari Raya terhidang jamuan makanan yang enak-enak dan lazat ketika itu dan kerana pada masa itu sebahagian umat Islam tidak berpuasa dan ingin terus menikmati kuih-muih yang ada. Hanya sebahagian kecil sahaja yang masih melakukan ibadat puasa. Dengan ini seseorang yang berpuasa enam akan menghadapi persaingan hebat dengan suasana dan keadaan di masa itu yang benar-benar mencabar akan keimanannya dalam menahan hawa nafsu.

Oleh yang demikian sudah sewajarnya mendapat pahala yang besar dan tinggi di sisi Allah Subhanahu Wataala bagi mereka yang berjaya menyahut cabaran ini. Dari itu marilah kita sama-sama mengejar ganjaran pahala yang amat besar itu, kerana peluang ini hanya terdapat di bulan Syawal.

Berpuasa selama enam hari di bulan Syawal adalah sebagai petanda betapa seseorang itu telah meningkat iman dan takwanya kepada Allah Subhanahu Wataala hingga sanggup berlapar dan dahaga semata-mata kerana taat kepada agama, pada hal orang lain menikmati aneka makanan dan juadah serta minuman yang lazat.

Melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini sebaik-baiknya dimulakan pada Hari Raya kedua dan berturut-turut, tetapi jika tidak dapat berbuat demikian, boleh juga dilakukan bila-bila masa asalkan masih dalam bulan Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan berjumlah enam hari.


Di antara kelebihan-kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal itu ialah :

1. Puasa enam umpama sunat rawatib sesudah salat fardu bagi menampung kekurangan puasa fardu.

2. Mengulangi puasa sesudah Ramadan menjadi tanda diterima puasa Ramadan yang kita kerjakan.

3. Sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadan seperti nikmat kesihatan tubuh badan yang baik,
ganjaran pahala yang berlipat ganda, Malam Lailatulqadar, ganjaran bersahur, berbuka puasa dan banyak lagi.

4. Mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya.

5. Memudahkan Malaikat Al-Maut mencabut nyawa.


Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadilat-fadilat yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredaan-Nya jua.

Firman Allah dalam Surah Al-An'aam ayat 16 yang tafsirnya : "Barang siapa membawa amal yang baik maka baginya pahala sepuluh kali lipat amalnya dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan)."



SEDIA HADAPI AMALAN PUASA

AKU mohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam.

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu, supaya kami menjadi orang yang bertakwa". Demikian maksud firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183.

Takwa yang dimaksudkan dalam firman Allah di atas membawa erti - patuh atau taat setia seorang Islam dalam melaksanakan perintah Allah serta menjauhi larangan-larangan-Nya. Mereka yang bertakwa adalah orang yang beruntung, berjaya dan telah sampai kepada darjat yang tinggi dalam ibadatnya kepada Allah.

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa.

Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, ''Sebab kebanyakan manusia masuk ke syurga ialah kerana takwanya kepada Allah dan sebab kebaikan budi pekerti''.

Dengan memahami selok belok ibadat puasa ini diharapkan kita yang akan mengerjakan ibadat ini sampai ke tahap 'At-ttwa'. Barulah kita merasa puas dan sempurna akan apa yang kita telah kerjakan. Tidakkah nanti terjadi seperti sabda Rasululah s.a.w yang maksudnya, "Berapa banyak orang yang berpuasa yang tidak dapat apa- apa dari puasanya, melainkan lapar dan dahaga semata-mata".

Puasa bererti menahan diri daripada makan minum atau bersetubuh atau apa-apa sahaja yang boleh membatalkan puasa serta menahan diri daripada perkara-perkara yang sia-sia, menimbulkan syahwat dan juga meninggalkan perkataan-perkataan yang diharamkan, menurutnya dari waktu fajar hingga terbenam matahari.

Puasa adalah latihan bagi membentuk ketahanan diri. Mereka yang sabar dan beriman sahajalah yang dapat melakukannya dengan sempurna dan beroleh balasan pahala yang amat besar. Kita tidak dapat gambaran apakah bentuknya ganjaran dari Allah.

Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraannya - pertama, gembira ketika ia berbuka dan keduanya gembira ketika menemui Tuhannya nanti.

Puasa akan memeliharakan nafsu, penyakit dengki serta memelihara lidah dan segala anggota dari melakukan maksiat dan hati sentiasa terpelihara dari sebarang niat yang serong. Puasa yang dikerjakan berserta iman memungkinkan mencapai kepada keluhuran budi, bersifat sabar, tawakal, pemurah dan bersederhana rasa dan lain-lain sifat yang santun dan mulia.

Puasa sebenarnya melatih diri supaya bersifat sabar, kuat dan tahan menderita menghadapi segala cubaan, kesusahan dan kemurungan yang menimpa diri. Ia juga menguatkan iman kepada Allah, kerana keimanan kita kepada-Nya yang menyebabkan kita sanggup menahan diri dari keinginan syahwat-syahwat jantina dan syahwat tekak pada siang hari dalam masa kita berpuasa. Puasa juga dapat melatih diri menjadi orang yang muqarabin (hampir kepada Allah). Puasa dapat melatih diri menjadi seorang yang amanah.

Bagaimana tidak, walaupun kita sering bersendirian, jauh dari pemerhatian orang lain, namun kita tetap amanah dan meneruskan puasa kita kerana kita yakin Allah Maha melihat, kita amanah kepada puasa yang sedang kita lakukan dan ia dapat mendidik jiwa mentaati segala suruhan Allah.

Jenis-jenis puasa:

a) Puasa wajib
b) Puasa sunat
c) Puasa makruh
d) Puasa haram


Puasa-puasa wajib:

* Puasa pada bulan Ramadan
* Puasa qada - puasa qada ialah puasa yang wajib dikerjakan bagi menggantikan puasa kerana meninggalkan puasaa pada bulan Ramadan yang disebabkan sakit, musafir, kedatangan haid, nifas, bersalin dan sebagainya.
* Puasa kifarah - bagi seorang suami berkata kepada isterinya, belakang awak seperti belakang emak saya, atau seumpamanya.
* Puasa kifarah - kerana membunuh (manusia)
* Puasa kifarah - bagi orang yang bersetubuh pada siang hari dalam bulan Ramadan (selain dari mengqada sebanyak hari yang terbatal puasanya oleh persetubuhan ini mereka juga (pihak lelaki sahaja) diwajibkan membayar kifarat iaitu tiap-tiap sehari terbatal puasanya oleh persetubuhan itu dengan berpuasa dua bulan berturut-turut dan jika tidak kuasa wajib memberi
sedekah kepada 60 orang miskin secupak (makanan asasi) seorang.
* Puasa bagi ganti 'dam haji Tamattuk' - bagi mereka yang menunaikan fardu haji.
* Puasa kifarah - kerana bersumpah.
* Puasa nazar - jika bernazar dan nazar kita telah diperkenankan oleh Allah maka nazar puasa ini wajib dikerjakan (dibayar) dengan segera. Jika ia mati sebelum sempat menunaikan nazar itu maka kewajipanlah walinya menunaikan nazar itu.


Rukun-rukun puasa wajib

1. Niat - hendaklah berniat puasa pada malamnya untuk puasa esok hari. Niat adalah gerakan hati, bukannya gerakan dua bibir. Niat ini perlu dilakukan pada setiap malam, waktunya, mulai jatuh matahari hingga sebelum terbit fajar. Segala apa jua amalan dikira mengikut niatnya, tanpa niat sesuatu amalan tidak sah.

Walau bagaimanapun, dikhuatiri sepanjang kita berpuasa sebulan Ramadan ini, berkemungkinan pada malam-malamnya kita terlupa berniat maka kita digalakkan berniat bagi sebulan Ramadan itu dengan meniatkan pada malam sebelum hari pertama berpuasa dengan niat. Aku berniat puasa esok hari dan hari-hari seterusnya sepanjang bulan Ramadan yang wajib atasku kerana Allah Taala.

2. Menahan diri dari makan, minum, bersetubuh dan muntah serta meninggalkan segala apa sahaja perkara-perkara yang membatalkan puasa.


Puasa-puasa sunat:

Puasa-puasa sunat ialah puasa yang dikerjakan semata-mata mengharapkan balasan dan kesempurnaan Allah s.w.t. Ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa sepanjang tahun, kecuali pada hari-hari yang dilarang (haram) dan hari yang dimakruhkan berpuasa.

Selain berniat di waktu malam sebelum fajar, puasa-puasa sunat boleh juga diniatkan di waktu siang hari sebelum dilakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dan masa niat pula dilakukan ialah sebelum gelincir matahari pada hari itu.

Antara puasa-puasa sunat:

* Puasa pada hari Isnin dan Khamis
* Puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini boleh dilakukan sehari selepas Hari Raya puasa, ia boleh dilakukan pada bila-bila
sepanjang bulan Syawal (lebih afdal dilakukan berturut-turut hari).
* Puasa pada hari putih - iaitu pada hari-hari 13, 14, dan 15 pada tiap-tiap bulan, (bulan Hijrah) - melainkan pada 13 Zulhijah
(haram hukumnya).
* Puasa sehari dan berbuka sehari (berselang hari) atau dikenali puasa Daud.
* Puasa pada bulan Muharam
Andai menjadi keberatan puasa sebulan Muharam, dua hari dari bulan ini sunat berpuasa iaitu: Pada hari Tasu'a (hari kesembilan bulan Muharam) dan berpuasa pada hari Asyura (hari yang kesepuluh bulan Muharam).
* Puasa pada hari yang ke sembilan bulan Zulhijjah (bagi mereka yang tidak mengerjakan haji)



Puasa makruh

* Puasa sepanjang tahun
* Puasa pada hari Jumaat

Maksud berpuasa pada hari Jumaat itu ialah, sengaja berpuasa pada hari Jumaat, tetapi jika seseorang itu berpuasa berturut-turut dengan memula sehari sebelum hari Jumaat atau diteruskan berpuasa selepas hari Jumaat itu, maka hukumnya dibolehkan, ataupun seseorang itu mengamalkan sehari berpuasa, sehari berbuka (berselang hari) dan jatuh pada hari Jumaat maka itu juga dibolehkan.

* Puasa pada hari Sabtu yang tidak diikuti dengan hari yang lain atau juga tidak didahului sebelumnya.

* Puasa orang yang sangat tua


Puasa-puasa haram

Haram hukumnya mereka yang berpuasa pada hari-hari:

* Pada hari syak (hari yang disyaki hari pertama bulan Ramadan)

* Pada dua hari raya (1 Syawal dan 10 Zulhijah)

* Pada hari tasyrik. Iaitu pada 11, 12, dan 13 (bulan Zulhijah).

* Puasa (puasa sunat) bagi isteri tanpa keizinan suami.

Berhubung dengan puasa yang wajib, seperti puasa bulan Ramadan, puasa qada dan puasa nazar, di sini isteri tak perlu mendapat izin suami. Suami yang menghalang isterinya untuk mengerjakan puasa wajib seperti di atas adalah berdosa dan menderhaka kepada Allah.

* Pada hari-hari selepas 15 haribulan Syaaban, jika bukan puasa qada atau nazar atau bukan hubungan dengan puasa hari yang sebelumnya, atau pula hari-hari yang kebiasaan seseorang itu berpuasa.


Amalan sunat semasa puasa

* Makan sahur serta mentakhirkannya.

* Segera berbuka dan sunat berbuka dengan buah tamar atau benda-benda yang manis atau air. Buah tamar adalah makanan yang terbaik dari segi agama dan kesihatan dan jika tiada buah tamar berbukalah dengan air kerana ia dapat menyegarkan badan.

* Berdoa setelah berbuka - Rasulullah s.a.w berdoa setelah berbuka dengan ucapan, mafhumnya, Wahai Tuhanku aku telah berpuasa untukmu dan aku telah berbuka dengan rezeki kurniaanmu.

* Mengkadakkan jamuan berbuka puasa - Menjamu orang-orang berbuka puasa adalah satu kebajikan.


Wajib imsak

Imsak bererti menahan diri dari makan dan minum mulai terbit fajar hingga terbenam matahari, seseorang Islam itu wajib berimsak (menahan diri) walaupun mereka tidak berpuasa ataupun puasanya telah terbatal oleh beberapa sebab.

Mereka yang wajib berimsak

* Orang yang masih menyangka hari berkenaan masih 30 Syaaban, kemudian disedari telah satu Ramadan.

* Orang yang meninggalkan puasanya dengan sengaja.

* Orang yang tidak berniat pada malamnya dan tidak pula berniat puasa sebulan Ramadan.

* Orang yang berbuka kerana menyangka telah masuk waktu berbuka (Maghrib) rupa-rupanya masih siang.

Tidak wajib imsak

* Mereka yang dalam perjalanan (musafir) ketika sampai ke tempat yang dituju.

* Kanak-kanak yang hampir baligh.

* Orang kafir ketika masuk Islam.

* Orang gila ketika sembuh.

* Orang yang sakit ketika sembuh.


Adab ketika berpuasa

Perkara-perkara di bawah adalah sangat dituntut kepada umat Islam seluruhnya apatah lagi di waktu mana kita sedang mengerjakan ibadat puasa, antara tuntutan itu ialah:

* Menanamkan rasa penuh harap, segala amalan kita mudah-mudahan diterima baik oleh Allah.

* Mengurangkan makan dan minum ketika berbuka dan sahur.

* Mengelakkan diri apa-apa sahaja yang boleh membatalkan puasa.

* Mengurangkan tidur di siang hari.

* Hendaklah kita selalu mengingatkan bencana dan balasan Allah di akhirat.

* Menjauhkan diri dari mengumpat, mencerca, mencela, mencaci, maki hamun, berbohong serta mencarut dan apa-apa sahaja perkataan yang kotor dan berbau busuk dan hina didengar telinga.Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya, Sesungguhnya orang yang amat dicintai oleh Allah ialah orang yang senang bermesra dan senang dimesrai, dan sesungguhnya orang yang amat dibenci oleh Allah ialah yang suka menaburkan kata-kata nista dan suka memecah-belahkan antara sesama manusia.

PUASA DARI KACA MATA SEJARAH

Selain daripada umat Islam, puasa sebenarnya telah diamalkan oleh pelbagai kaum dan bangsa di seluruh dunia. Antara tujuan utama mereka berpuasa ialah kerana ia menyihatkan tubuh badan. Ini sejajar dengan apa yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T. bahawa puasa merupakan ibadah yang amat baik untuk kesihatan fizikal mahupun mental, rohani dan juga jasmani. Malah, ada pendapat yang mengatakan bahawa diet yang terbaik ialah dengan cara berpuasa secara konsisten.

Sebenarnya, puasa terdapat secara tabii dalam alam semulajadi di mana binatang tertentu seperti katak turut mengamalkan puasa. Puasa juga telah disyariatkan dalam semua agama langit seperti Kristian dan Yahudi. Malah agama budaya juga seperti bangsa Hindu dan Buddha mengamalkan puasa di dalam cara hidup mereka.

Orang Barat kini telah mula mengamalkan aliran baru iaitu berpuasa untuk kesihatan (therapeutic fasting). Banyak buku-buku mahupun maklumat di internet yang telah disebar luas untuk menerangkan kebaikan berpuasa dari segi kesihatan.

Ahli falsafah dan perubatan Islam terkenal, Ibnu Sina pernah mengubati pesakitnya dengan menyuruh mereka berpuasa. Ahli falsafah lain seperti Socrates, Plato, Aristotle dan Pythagoras juga mengamalkan ibadah puasa untuk meningkatkan keberkesanan fizikal dan mental agar dapat berfikir serta mencetuskan idea-idea yang bernas.

Profesor Arnold Ehret dari Jerman berkata bahawa puasa yang tepat mampu membalikmudakan fizik, mental dan spiritual seseorang. Menurutnya, puasa adalah adalah ibu kunci kepada evolusi dan pengmbangan spiritual terutama sekali di zaman yang penuh dengan pancaroba ini.

Mahatma Gandhi, pejuang kemerdekaan India juga terkenal sebagai pengamal puasa. Begitu juga pengarang agung Rusia, Leo Tolstoy; pengarang dari Perancis Francois Voltaire dan pengarang Austria Franz Kafka yang menjadikan puasa sebagai amalan dalam kehidupan mereka.

Ringkasnya, dapat disimpulkan di sini bahawa mereka yang terkenal dan berjaya mengamalkan puasa sebagai senaman untuk meningkatkan ketahanan fizikal dan mental agar mereka berjaya di dalam bidang yang diceburi. Terbukti, puasa banyak hikmah- nya kepada hidup manusia. Amat malang bagi kita umat Islam yang masih berdolak dalik dan cuba meninggalkan ibadah yang penuh keberkatan dan faedah kepada mereka, dan secara tidak langsung mereka juga menolak ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.


PUASA ENAM IBARAT PUASA SETAHUN

Alhamdulillah kita tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadan akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadan. Kita inginkan keberkatan Ramadan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.

Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan.Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajipan yang
telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?

Natijah (hasil) dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat. Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi?

Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadan tahun depan dan seterusnya. "Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah
bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya. " Amin.

Fadilat Puasa Enam

Puasa enam hari yang dilakukan dalam bulan Syawal juga mempunyai keistimewaan tertentu dan akan diperolehi dengan izin Allah.Orang yang berpuasa enam hari pada bulan Syawal akan:

* memperolehi pahala sebagaimana yang dikurniakan kepada Nabi Adam pada hari pertama ia berpuasa enam;
* memperolehi pahala sebagaimana dikurniakan kepada Nabi Yusuf pada hari kedua ia berpuasa enam. Keluar dosa-dosa dari
tubuhnya bagaikan baru dilahirkan dari perut ibu;
* memperolehi pahala sebagaimana dikurniakan kepada Nabi Ya’qub (hari ketiga); sekiranya berpuasa tanpa diketahui orang lain, Allah tidak rela untuknya pahala kurang dari Syurga;
* memperolehi pahala sebagaimana pahala Nabi Musa (hari keempat);
* memperolehi pahala sebagaimana yang diperolehi oleh Nabi Isa (hari kelima) iaitu menyamai pahala berpuasa sepanjang tahun.
* memperolehi pahala sebagaimana dikurniakan kepada Rasulullah (hari keenam); jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu akan dibacakan istighfar untuknya oleh para malaikat.


KAIFIAT (CARA) BERPUASA

Apabila kita telah masuk dalam malam pertama dari bulan Ramadhan, berniat pada malam itu,bahawa kita akan berpuasa esok hari. Mulai pada malam itu tegakkanlah tarawih dengan berjemaah.

1. Setelah masuk waktu sahur, menjelang waktu subuh, hendaklah bersahur.
2. Sesudah bersahur dengan memelihara adab-adabnya, bersihkanlah mulut dengan sebersih-bersihnya dan nantikanlah waktu subuh.
3. Apabila telah terbit fajar, tahanlah diri dari makan, minum, mendekati isteri dan dari segala yang membatalkan puasa.
4. Setelah selesai dari solat subuh, bacalah Al Quran seberapa yang mampu.
5. Di siang hari hendaklah diajuhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang haram, bahkan hendaklah dijauhkan diri dari pekerjaan–pekerjaan yang makruh dan sia-sia.
6. Usahakanlah supaya segala solat fardhu dapat ditegakkan dengan berjemaah.
7. Seboleh mungkin supaya di tiap-tiap hari selapas solat zohor dan asar, disediakan waktu yang tetap untuk membaca Al Quran.
8. Bila matahari telah nyata terbenam, bersegeralah berbuka puasa dengan sedikit makanan yang manis. Sesudah bersolat maghrib, baru disempurnakan makan dengan dituruti adab-adab berbuka. Pada tiap-tiap malam dikerjakan solatul qiyam atau qiyam Ramadhan (sembahyang Tarawih).
9. Apabila tiba sepuluh hari terakhir, banyakkanlah ibadat dengan jalan beriktikaf dan usahakanlah memperolehi "lailatul qadar" yang terlatak di salah satu malam dari malam-malam yang ganjil dalam hari sepuluh yang akhir (dari malam 21 sampai 30, atau dari 20 sampai 29).

Supaya puasa jadi sempurna , maka turutilah petunjuk-petunjuk di bawah ini:

1. Makanlah sahur supaya anda lebih kuat menghadapi puasa. Seluruh umat Islam telah sepakat menetapkan kesunatan sahur, makruh ditinggalkannya. Dan sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun seteguk air; dan sahur itu paling baik dilambatkan asal jangan hampir dengan waktu fajar. Andaikata seseorang ragu tentang terbit fajar, maka dia boleh terus
makan dan minum hingga diyakini fajar terbit.
2. Berbuka sesudah nyata terbenam matahari dan sebelum solat maghrib dengan sedikit kurma dan minuman. Kemudian solat maghrib. Sesudah itu barulah makan nasi, kecuali jika makanan telah tersedia, maka makanlah dahulu.
3. Berdoa kepada Allah di waktu berbuka dan semasa berpuasa, sebagaimana disukai membanyakkan taubat, membanyakkan kebajikan dan menjauhi segala yang dibenci Allah.
4. Mandi sebelum fajar dari hadas besar, supaya memasuki puasa dalam keadaan suci.
5. Menahan lidah dari berdusta dan bertengkar dan memperkatakan yang tidak berfaedah, mengumpat, memfitnah dan memperkatakan kehormatan manusia.
6. Menahan diri dari pengaruh marah dan dari bersikap kurang baik, kurang sabar dan sifat-sifat lain yang tercela.
7. Selalu berusaha mencari ketaqwaan kepada Allah SWT. Dan mensyukuri nikmat –Nya.
8. Banyak bersedekah.
9. Mempergunakan segala waktu di bulan Ramadhan untuk mendalami masalah-masalah keagamaan, mengerjakan solat qiyam, meningkatkan ibadat terutama di hari sepuluh terakhir di bulan Ramadhan dan menghadiri tadarus Al Quran.
10. Berusaha memperoleh makanan yang suci dan halal, agar tidak masuk ke dalam perut makanan-makanan yang haram.
11. Memelihara nafsu daripada penyakit dengki, memelihara anggota dari segala maksiat dan selalu berlaku tenang dan bersikap terhormat.



KHUTBAH RASULULLAH SAW

Dalam Menyambut Bulan Ramadhan Yang Penuh Berkat

Wahai manusia

Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabb-mu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini.

Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat.
Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu
dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Kasihilah anak yatim . niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu-waktu shalatmu
karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah 'Azza wa Jallaa memandang
hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya,
menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia ! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)mu maka ringankanlah
dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah
Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab
orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka
pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al 'alamin.

Wahai manusia !

Barangsiapa diantaramu memberi buka kepada orang-orang mu`minin yang berpuasa di bulan ini maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.

(Sahabat-sahabat bertanya, "Ya, Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian".

Rasulullah meneruskan:

Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia

Siapa yang membaguskan akhlaqnya di bulan ini ia akan berhasil melewati shirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan- Nya.

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.

Barangsiapa melakukan shalat fardlu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardlu di bulan yang lain.

Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.

Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat al Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam al Quran pada bulan- bulan yang lain.

Wahai manusia !
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah d dibukakan bagimu.

Setan-setan terbelenggu maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul Mukminin karamallahu wajha berkata,

"Aku berdiri dan berkata, ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini ?"

Jawab Nabi' "Ya Abal Hasan ! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah..

Alhamdulillaahi rabbal 'aalamiin.




BERSAHUR

Ibnu Umar(ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengirim rahmat ke atas mereka yang makan sahur. "

Betapa besarnya kurnia Allah ke atas kita sehinggakan makanan yang diambil ketika bersahur untuk berpuasa pun diganjari dengan banyaknya. Terdapat banyak hadis yang menyatakan kelebihan bersahur dan ganjaran-ganjarannya juga dinyatakan.

Pengulas Sahih Bukhari, Allamah Aini telah menukilkan kelebihan bersahur daripada tujuh belas orang sahabat yang berlainan dan kesemua ulama bersetuju bahawa bersahur adalah mustahab (disukai). Kebanyakan orang sering terlepas daripada ganjaran besar
ini semata-mata kerana kemalasan mereka. Setengahnya sudah tarawikh, mereka lantas makan (yang disangka mereka itulah makanan sahur) lalu pergi tidur. Betapa besarnya berkat yang telah mereka kerugian! Sahur sebenarnya bermaksud mengambil makanan sebelum hampir waktu subuh menjelang. Setengah ulama mengatakan bahawa waktu sahur bermula selepas sebahagian daripada malam berlalu (mirqat).

Pengarang Kasy-Syaff (Zamakhsyari) telah membahagikan malam kepada enam bahagian, dan menunjukkan bahagian yang terakhir adalah waktu sahur, jadinya apabila malam (iaitu setelah matahari terbenam sehingga subuh) mengambil masa sebelas atau dua belas jam, maka dua jam yang terakhir adalah waktu yang tepat untuk bersahur. Maka hendaklah diingat juga bahawa mengambil makanan pada waktu yang paling lewat terlebih besar ganjarannya daripada makan pada waktu awal dengan syarat tidak ada keraguan bahawa makanan sahur telah diambil sebelum subuh. Banyak sekali hadis-hadis yang memberitahu tentang kelebihan bersahur.

Rasulullah (saw) bersabda: "Perbezaan di antara puasa yang kita lakukan dengan yang dilakukan oleh Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak melakukannya." Baginda bersabda lagi:
"Bersahurlah kerana di dalamnya terdapat berkat yang besar, dan lagi, terdapat keberkatan di dalam tiga perkara iaitu dalam jamaah, di dalam makanan 'tharid' dan bersahur. "

Di dalam hadis ini, penggunaan perkataan jamaah adalah bersifat umum, yang mana dapat disimpulkan bahawa ia termasuk solat berjamaah dan lain-lain amalan kebaikan yang dilakukan secara berjamaah kerana pertolongan Allah datang kepada mereka.Tharid adalah sejenis makanan yang enak yang diperbuat daripada roti bakar yang dimasak bersama daging. Perkara ketiga yang disebutkan di dalam hadis ini ialah sahur. Apabila Rasulullah (saw) mengundang mana-mana sahabatnya untuk makan sahur bersama-samanya, baginda selalu bersabda: "Marilah mengambil makanan yang berkat ini bersama-samaku."

Di dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa: "Bersahurlah dan perkuatkan puasamu. Dan tidurlah selepas pertengahan (khailullah) untuk membantumu bangun pada akhir malam (untuk beribadah). "

Abdullah bin Harith (ra) meriwayatkan bahawa seorang sahabat telah berkata: "Suatu ketika aku menziarahi Rasulullah (saw) tatkala baginda sibuk bersahur. Kemudian, Rasulullah (saw) bersabda: 'Inilah perkara yang penuh dengan keberkatan.’




KEUTAMAAN PUASA HARI ISNIN

Dari Abu Qatadah Al Anshari r.a., katanya Rasulullah SAW ditanya orang tentang puasa hari Isnin. Jawab beliau, “Hari Isnin itu hari kelahiranku, dan hari Isnin itu Quran diturunkan kepadaku.”

ADAB ADAB BERPUASA BAGI MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT

Selain dari amalan ibadat wajib dan sunat yang diperbanyakkan di dalam bulan Ramadan, kita perlu menjauhi perbuatan- perbuatan yang boleh menyebabkan puasa itu menjadi sia-sia.

Pertama, hendaklah mengelak pandangan ke tempat-tempat yang dilarang, setengahnya pergi lebih jauh iaitu melarang melihat walaupun isteri sendiri dengan pandangan bernafsu, apatah lagi wanita-wanita lain. Begitulah juga melihat perbuatan-perbuatan maksiat atau jika maksiat itu dilakukan, hendaklah dijauhi daripadanya.


Rasulullah (saw) bersabda: "Pandangan adalah seumpama anak panah daripada syaitan. Barangsiapa takut kepada Allah, jauhilah dirinya daripada melihat kepada maksiat. Maka Allah mengurnia-kannya dengan suatu (cahaya iman) yang kemanisan dan keghairahannya akan terasa di hati.”

Kedua, jagalah lidah daripada berdusta, perbualan yang sia-sia, mengumpat, hujjah-menghujjah, bersumpah-sumpah dan sebagainya. Pada zaman Rasulullah (saw), dua orang wanita sedang berpuasa dan tidak dapat menahan keperitan kelaparan, sehingga kedua-duanya hampir maut. Para sahabat membawa berita ini ke pengetahuan Nabi (saw), lantas baginda mengirimkan sebuah mangkuk dan menyuruh mereka muntah ke dalamnya. Apabila kedua-duanya memuntahkan isi perut mereka ke dalam mangkuk, maka keluarlah ketulan-ketulan daging mentah dan darah. Para sahabat terperanjat besar, lalu sabda Rasulullah (saw):
"Mereka berpuasa dengan makanan yang halal tetapi mereka mengumpat semasa sedang berpuasa, maka keadaan puasa mereka menjadi semakin payah. " Oleh sebab itulah kedua-dua wanita itu hampir-hampir menemui maut.

Salah seorang sahabat Nabi (saw) bertanya: "Apakah itu mengumpat?" Rasulullah (saw) menjawab: "Menyebut sesuatu mengenai saudaramu di belakangnya yang dia tidak suka." Selanjutnya Sahabi itu bertanya: "Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya?" Rasulullah (saw) menjawab: "Dalam hal
demikian (iaitu jika yang disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; tetapi jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya."

Ketiga, hendaklah kita berjaga-jaga daripada mendengar sesuatu yang makruh. Samalah juga haram mendengar kepada sesuatu yang tidak sepatutnya disebutkan. Rasulullah (saw) telah bersabda: "Mengenai mengumpat, kedua-dua pengumpat dan orang yang mendengar keadaannya adalah sama berkongsi dosa."

Keempat, lain-lain anggota jasad hendaklah dijauhi daripada dosa dan perkara-perkara yang haram.Tangan jangan menyentuhinya dan kaki janganlah berjalan ke arahnya. Mengenai perut, hendaklah berhati-hati agar ketika mengambil makanan, khasnya semasa berbuka (iftar), tidak ada yang memasukinya daripada sesuatu yang diragu-ragukan sama ada halal atau tidaknya. Seumpama orang yang berpuasa yang kemudian semasa berbuka, memakan benda yang haram adalah seperti orang yang sakit memakan ubat tetapi mencampurkannya juga dengan sedikit racun yang akan membinasakannya.


Kelima, tidaklah digalakkan memakan sekenyang-kenyangnya semasa iftar walaupun makanan itu halal kerana maksud daripada puasa kita tidak akan tercapai. Tujuan puasa adalah untuk mengekang nafsu syahwat kita dan meninggikan keyakinan serta memperkuatkan rohaniyah kita. Selama sebelas bulan kita makan dan minum dengan sebebas-bebasnya, maka pada bulan Ramadan, patutlah kita mencerut sedikit perut kita. Selalunya, kita menjadikan tabiat buruk dengan memenuhkan perut kita sepenuh-penuhnya semasa iftar dan sekali lagi menyumbatnya tatkala bersahur sebagai persiapan menghadapi siang harinya.

Maka sebenarnya kita menambahkan purata makanan kita. Dalam Ramadan, jenis makanan yang kita makan, tidak pernah dimakan pada masa-masa lain. Pemakanan yang begitu sebenarnya bertentangan sama sekali dengan semangat Ramadhan dan berpuasa. "Syaitan mengalir ke dalam jasad kita seperti darah, maka tutuplah jalannya dengan berlapar."

Begitulah juga, perasaan akan dapat dipupuk terhadap si miskin dan orang yang lapar. Nabi saw kita sendiri bersabda: "Tidak ada yang lebih dibenci oleh Allah (swt) selain sesuatu yang diisi penuh iaitu daripada memenuhi perut dengan makanan." Pada ketika yang lain, Rasulullah saw bersabda: "Memadailah beberapa suap makanan yang dapat meluruskan belakang, satu pertiga dengan minuman, sedang satu pertiga lagi dibiarkan kosong."

Keenam ialah, selepas menjalani puasa, hendaklah selalu berasa bimbang sama ada puasanya diterima Allah ataupun tidak. Beginilah hendaknya dilakukan kepada semua bentuk ibadah. Seseorang itu mungkin tidak menyedari bahawa bahagian-bahagian yang penting tertinggal. Hendaklah berasa takut-takut mungkin amalan-amalan kita akan ditolak oleh Allah. Peristiwa-peristiwa begini banyak diriwayatkan dalam hadis. Maka seseorang yang berpuasa bukanlah setakat berpuasa dengan ikhlas tetapi hendaklah dengan pengharapan agar puasanya diterima oleh Allah (swt).

Enam perkara yang disebutkan di atas adalah wajib bagi orang-orang yang benar-benar bertaqwa. Kepada yang lebih bertaqwa lagi, perkara yang ketujuh ditambah lagi kepadanya. laitu, semasa menjalani puasanya, janganlah dia bimbang apa yang hendak dimakan sewaktu berbuka. Sebahagian Syeikh-syeikh sampai menganggapnya sebagai batal apabila memikirkan mengenai makanan untuk berbuka ataupun seseorang itu berusaha untuk memperolehi sesuatu, kerana perlakuan yang demikian menggambarkan kelemahan keyakinannya terhadap janji Allah yang mengambil tanggungjawab untuk memberi rezeki.

Yang baik itu dari Allah, yang tidak baik itu dari kesalahan diri saya sendiri...

Bahkan Syeikh-syeikh arif billah (wali Allah) menganggap puasa sebagai batal jika memikirkan mengenai makanan untuk berbuka ataupun seseorang itu berusaha untuk memperolehi sesuatu, kerana perlakuan yang demikian menggambarkan kelemahan keyakinannya terhadap janji Allah yang memberi rezeki.

Untuk lebih lanjut, boleh layari http://www.daawah.com/links/islam/puasa/ yang menyediakan bahan lebih lengkap berkaitan puasa..